NOVEL

Himpunan Novel Sri Diah

Friday, May 14, 2004

PANAS DARI KILANG

BERITA baik kepada peminat setia buku-buku terbitan ALAF 21... novel Sesuci Cinta, Kisah Kasih dan Kuala Lumpur Di Mana Suamiku telahpun siap diulang cetak.

Bagi pelanggan pos yang masih ternanti-nanti pesanan anda, diharap bersabar. Unit Langganan ALAF 21 (U-LANG) sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan anda. Bagi yang ingin mendapatkannya di kedai buku, silalah mendapatkannya sebelum kehabisan sekali lagi... Setialah bersama kami!


Tajuk: Kuala Lumpur Di Mana Suamiku
Editor: Sri Diah
Halaman: 544
Harga: RM19.90
Sinopsis: Perlukah diturut kata hati pada lelaki yang bukan suami. Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita itu diburu dilema, diburu resah.

Friday, May 07, 2004

PERTEMUAN NOVELIS

SETAHUN berlalu... kini untuk kali ketiganya, ALAF 21 sekali lagi menganjurkan pertemuan novelis ALAF 21. Berbekalkan hasrat mengeratkan silaturahim di antara penerbit dan novelis, sesi selama sehari ini berlangsung dalam suasana ceria, santai dan tidak ubah bagaikan perjumpaan seisi keluarga yang sudah lama tidak bersua... adik, kakak serta abang bermesra dan bertukar cerita.

Jika pada tahun-tahun sebelumnya majlis ini diadakan di Petaling Jaya, namun untuk kali ini kami berubah angin di Hotel Uitm Shah Alam. Majlis sehari suntuk itu bukan sahaja diisi dengan pelbagai innformasi, tips serta do's & dont's daripada Pengurus Besar ALAF 21, Norden Mohamed tetapi juga diselang-seli dengan sesi dialog antara novelis dan pihak penerbit.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mohd Noor Kadir, Produser Kuasatek Pictures. Sebagai orang berpengalaman, waktu sesingkat itu berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh produser unggul ini. Yang pasti... banyak ilmu serta pengetahuan baru yang dapat dikongsi bersama dalam sesi tersebut.

Komitmen novelis-novelis yang sanggup meluangkan masa dan mengenepikan urusan keluarga pada hujung minggu untuk bersama-sama tentunya memberi makna kepada kami. Bukan sahaja dari KL sahaja, tetapi ada juga novelis yang sanggup datang dari utara dan selatan semata-mata untuk get together bersama kami. Antaranya... Hasreeyati Ramli, Zaifuzaman, Rio Hermawan, Pitteriah dan Fariza Zuliana.

Khusus untuk semua novelis yang hadir... terima kasih daun keladi, tahun depan kita kumpul-kumpul lagi!!!


"Alhamdulillah... berkat sambutan hangat daripada novel pertama saya, Sambutlah Cintaku itulah terhasilnya Ria Qistina. Dan kini saya sedang dalam proses menggarap idea untuk novel seterusnya..." Begitulah antara kata-kata Bikash Nur Idris yang memang dikenali sebagai adik paling nakal & ceria dalam keluarga novelis ALAF 21.




Sharifah Abu Salem leka bercerita tanpa menyedari Fariza Zuliana novelis Sukma Rindu khusyuk mendengar.



"Walaupun terikat dengan tanggungjawab sebagai pendidik, namun saya bersyukur kerana masih sempat meneruskan minat dalam bidang penulisan ini...'" Anis Ayuni, novelis yang meletup dengan novel Suara hati & Yang Terindah kini muncul sekali lagi dengan `Manisnya Cinta'.


Agak sukar juga pada mulanya saya mendapat pelepasan pada hari ini tapi kerana tak mau miss majlis ini, saya usahakan juga sampai ke sini..." Terima kasih Azilawati di atas komitmen anda.



Encik Nordin sedang memberikan kata semangatnya.


Kesemua warga ALAF 21 turun padang hari itu untuk sama-sama meraikan novelis.



Ziana dan En. Ali antara staff ALAF 21 yang turut serta menjayakan program ini.




Sri Diah, antara novelis ALAF 21 yang sentiasa berfikiran terbuka, bersedia memberi dan menerima pandangan. Novel keenamnya, Jangan Ada Dusta mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para peminat.



Sebagai orang berpengalaman, Mohd Noor Kadir bijak menggunakan waktu sesingkat itu untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya bersama para novelis.




Senyuman manis Atif, salah seorang team `Wanita Hari Ini' yang membuat liputan sepanjang majlis berlangsung.




Hmm... macam takpercaya aje karya pertama I dah pun terhasil sebagai sebuah novel..." luah Aina Emir (bertudung merah) sambil diakui oleh Sri Diah (novelis prolifik ALAF 21).



Senyuman ceria para novelis dan warga ALAF 21 menggambarkan kepuasan di hati masing-masing. Alhamdulillah... meskipun hanya sekadar majlis sederhana, tetapi berjaya berlangsung dengan penuh kemesraan dan keharmonian.