NOVEL

Himpunan Novel Sri Diah

Friday, July 16, 2004

TERIMA KASIH

Salam ingatan kepada Rudy Bluehikari  atas penghargaannya pada saya. Catatan tentang laman peribadinya saya catat dalam novel terbaru saya. Ikuti penghargaan Rudy di sini http://www.geocities.com/bluehikari/mac2004/10mac2004.htm

Friday, July 09, 2004

DIKUNJUNGI JURUHEBAH RADIO MUZIK KL



APA hal ni? Alaf 21 kena serbu lagi? Gempak ! Memang gempak apabila sekumpulan DJ Radio Muzik mengunjungi Alaf 21, tapi taklah sampai kena serbu macam di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu! Cuma kali ini, mereka meluangkan masa melawat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd termasuklah Alaf 21 pada 7 Julai 2004 yang lalu.

Sebelum mereka dibawa melawat seluruh premis dan juga kilang mencetak, mereka menghadiri taklimat daripada Encik Hashim Anang dan Pengurus Besar Alaf 21, Encik Norden Mohamed. Feedback yang kami terima ialah mereka kagum dengan kejayaan syarikat penerbitan yang terulung di negara ini kerana menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan yang bermutu tinggi.

Setibanya di Alaf 21, mereka diberi penerangan tentang syarikat, daripada produk sehinggalah laman web oleh Encik Norden Mohamed. Mereka amat tertarik dengan cara persembahan laman web Alaf 21 seperti reka letak, ilustrasi, pelbagai segmen yang melibatkan pelayar, dan sebagainya. Encik Norden juga dihujani pelbagai pertanyaan dan beliau kelihatan enjoy melayani mereka, seolah-olah berada di dalam konti. Al-maklumlah mereka ini penyampai radio dan manalah tahu ilmu yang mereka peroleh di sini dikongsi bersama dengan pendengar semasa bertugas nanti!

Sebelum berangkat pulang, mereka sempat mengucapkan tahniah dan selamat berjaya Kepada Alaf 21.



Tuesday, July 06, 2004

Diskusi Sastera Kavyan.

Aktiviti : Diskusi Sastera Kavyan.

Tempat : Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP
Tarikh : 10 Julai 2004 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi
Anjuran : DBP dengan kerjasama Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia (Kavyan)

Diskusi ini bertujuan untuk membicarakan "Sastera Kavyan" yang tersiar di media cetak sepanjang tahun lalu (2003) dan sehingga pertengahan tahun ini (2004). Diskusi ini penting dan wajar untuk menilai secara kritikal kualiti "Sastera Kavyan" serta sumbangan "Sasterawan Kavyan" dalam memperkaya khazanah sastera kebangsaan.
Panel diskusi terdiri daripada Sasterawan Negara Prof Dr Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan), novelis terkemuka Sri Diah yang juga editor pengurusan Kumpulan Karangkraf serta Dr Mahzan Arshad dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; manakala Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB akan memperkatakan mengenai konsep "Sastera Kavyan" dan "Sasterawan Kavyan". Peminat sastera, pengkritik, pendidik, pelajar, penulis dan orang ramai dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.proaktif.cjb.net atau hubungi pihak urus setia melalui e-mel diskusi@kavyan.cjb.net atau telefon 012-3368142

TRAGEDI MALAM MINGGU

SINOPSIS



Penulis : Sri Diah
No. buku : J SRI
Penerbit : Oscar Book International

Murid-murid darjah enam Sekolah Sri Melur mempunyai dua kumpulan pertama yang diketuai oleh Zarul, yang merupakan seorang murid yang paling nakal. Kumpulan yang kedua dianggotai oleh Shila, Zuria, Salmi, Siti dan lain-lain. Kumpulan kedua telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Perlantikan mereka menimbulkan iri hati di kalangan kumpulan Zarul.
Zarul pula dalam diam-diam menaruh hati pada Shila yang menjadi pasangannya dalam drama Mahsuri. Apakah yang berlaku pada Zarul dan geng-gengnya. Dan apa pula yang terjadi pada Shila ketika pementasan drama dijalankan?

Buku ini sesuai untuk pelajar Darjah 6