NOVEL

Himpunan Novel Sri Diah

Saturday, August 21, 2004

TEMUI SAYA








Mari Bersama Bergilir Membaca
JANGAN ADA DUSTA

Lokasi: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Tarikh: 26 Ogos 2004
Masa: 2 - 6 Petang
Anjuran: Perpustakaan Raja Tun Uda
Kerjasama: Alaf 21 & KAVYAN

* Untuk turut serta membaca,
hubungi: 03-51013808
Segera sahkan kehadiran untuk
pembahagian bab dan giliran membaca.

Tuesday, August 17, 2004

Terima kasih LILICARNATION

SELAMAT MALAM TAN SRI
Tulisan Lilicarnation:

"Apakah dia ingin membalas budi atau hanya membeli sebuah jiwa?"

Selamat Malam Tan Sri ini lebih banyak menyingkap kehidupan seharian seorang wartawan Mingguan Wanita, Hanim Hanani. Kisah cinta dalam diam Hanim juga diselitkan tapi saya rasa fokus utama Sri Diah dalam novel ini bukanlah mengenai cinta Hanim terhadap seorang Tan Sri yang disegani ramai. Dalam kesibukan Hanim mencari berita sensasi, teman lamanya Zaidi muncul dalam hidupnya.

--------------------------------------------------------------------------------
"Tapi, aku bukan Zaidi yang dulu. Aku datang kembali dalam hidupmu sebagai seorang askar yang tewas. Aku gagal dalam jalan yang ku pilih sendiri.."

--------------------------------------------------------------------------------
Hanim dilanda kemelut antara mencintai suami orang dan perjalanan kariernya. Dia juga memikirkan masa depannya yang harus menyara keluarganya yang bergantung harap dengannya.

--------------------------------------------------------------------------------
"Rasanya bukanlah satu dosa kalau dikatakan antara lelaki dan perempuan saling memerlukan. Seperti bulan dan matahari, umpama air dan api, saling berhubungkait. Namun, lelaki yang ada dalam hatiku sekarang bukan lelaki yang aku impikan. Dia hadir dengan membawa masa silam yang penuh muslihat dan masa depan yang entah bagaimana, penuh prasangka."

"Alangkah seronoknya mendengar suaranya. Ianya garau parau, kasar tapi lembut nadanya dan paling tidak dilupa dekah gelaknya...meruntun sanubari, membangkitkan rindu."

"Dan kini, Hanim baru sedar, kedatangannya dalam hidup lelaki itu,..tidak membawa apa-apa..apa lagi harta dan kedudukan. Dia hanya membawa sekelumit saja harapan. Dia bukan orang hebat untuk dibandingkan dengan nama-nama lain yang ada kena-mengena dengan lelaki itu. Dia bukan wanita luar biasa untuk dihubungkan secara peribadi dengan lelaki itu. Dia hanya perempuan biasa....Dia tidak ada apa-apa kelebihan....Dia hanya membawa secebis cinta sahaja..."

--------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk menjadi seorang wartawan, Selamat Malam Tan Sri mendedahkan segalanya. Sri Diah berjaya menggarap kisah kehidupan seorang wartawan dengan begitu "detail". Perjalanan ceritanya pantas , seiring dengan pergerakan pantas seorang wartawan yang ingin mencari "scoop" untuk majalahnya. "Scoop" ialah kisah sensasi utama yang belum dibuat liputan lagi oleh wartawan-wartawan yang lain.

Sri Diah bukan nama asing lagi dalam dunia penulisan. Selain menjawat jawatan sebagai editor pengurusan di Kumpulan Karangkraf, Sri Diah juga aktif menulis novel. Saya masih lagi membaca novel terbarunya Kuala Lumpur Di Mana Suamiku. Sri Diah lebih banyak menjurus kepada kisah cinta metropolitan. Kisah realistik yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Mungkin kerana dia terdedah dengan pelbagai cerita masyarakat sepanjang pengalamannya menjadi seorang wartawan majalah, Sri Diah berupaya mengeksplotasikan apa yang dialaminya dalam novel-novelnya. Jika anda mengimpikan novel seperti cerita "Cinderella", maka novel Sri Diah bukan untuk anda. Novel-novelnya banyak berpijak di bumi yang nyata dan memerlukan kematangan pembaca untuk menilai buah tangan Sri Diah ini. Seperti dalam SMTS, melalui kacamata Hanim Hanani, Sri Diah menyelongkar kisah rumahtangga berantakan juga pelbagai skandal dalam kota metropolitan. Bagi saya, secara peribadi, saya menyukai cerita-cerita di "belakang tabir" cinta ini. Apa pun, kematangan Sri Diah nyata terserlah dalam SMTS juga KLDS.

--------------------------------------------------------------------------------
"Hakikatnya Hanim tahu, dia tidak ada apa-apa hak ke atas lelaki itu. Dia bukan kekasihku, aku bukan miliknya, kata hati Hanim. Tapi Hanim tahu semua itu bagai satu penipuan perasaan. Dia tidak sanggup hendak menidakkan keinginan yang mula bersarang, satu rasa cinta yang terlalu manis untuk dilalui. Tapi bila?.... Gilalah aku kalau mengharap yang tak pasti....antara fantasi dan realiti...antara yang pasti atau hanya angan-angan kosong belaka.."

--------------------------------------------------------------------------------

Friday, August 13, 2004

Terima Kasih BRO RONN

Topik: Hello! Jangan Ada Dusta Tuesday, August 10, 2004

DI CELAH-CELAH kesibukan menyiapkan beberapa projek baru, aku sempatkan waktu untuk membaca novel Jangan Ada Dusta karya sis Sri Diah. Tatkala menerima buku tersebut, seperti lazimnya, yang menjadi tumpuan utama aku ialah sampul depan dan belakang. Setelah puas, barulah aku selak, isi di dalam.

Jenis huruf/font yang diguna merupakan salah satu tarikan bagi aku. Jumlah bab dan muka surat turut menjadi perhatian.

Pertanyaan pertama yang melintas dalam kepala aku ketika itu: Kenapa angsa tunggal yang jadi gambar sampul? Jawapan langsung daripada penulisnya, ialah, "Angsa itu sebagai lambang kesepian..."

Sementara sampul belakangnya, tentu akan lebih berkesan kalau dimuat biodata penulis.

Memang tak dapat dinafikan, Sri Diah ialah salah seorang novelis wanita Melayu yang produktif. Di tengah-tengah kesibukan rutin serta tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu, dan wanita karier yang bertugas sebagai Editor Pengurusan di Kumpulan Karangkraf, yang mengawasi lebih kurang 30 majalah keluaran penerbitan tersebut; dari semasa ke semasa, Sri Diah terbukti mampu menghasilkan sejumlah novel bermutu.

Di sinilah kita dapat melihat kesungguhan serta disiplin seorang penulis.

Kerana ketika ini aku masih belum selesai membaca novel yang disiapkan dalam masa lima bulan itu, maka aku tidak akan menyentuh dari sudut tema dan alur ceritanya. Cuma, kesan yang aku dapat setelah menelusuri beberapa bab, aku suka dengan gaya/stail garapan ayatnya yang ringkas tapi padat, pun bahasanya yang mudah dicerna.

Kepada sis Sri Diah dan juga syarikat penerbitan Alaf21, terima kasih di atas kiriman yang sangat berharga ini.

Sesiapa yang sudah membaca novel ini, diharap dapat memberi komen...

Ronn>: masih terkial-kial untuk sudahkan dua buah novel yang sedang dikejar penerbit!

2 comments


Posted by LitT|e^m3 @ 08/11/2004 11:42 AM PDT
saya dah membacanya uncle ianya lanjutan dari novel suite 1901 kemudian jangan ada dusta. kalau kita baca suite 1901 then kita boleh tahu kehidupan saerah dulu bagaimana. menarik juga ;)


Posted by Lenny(BOS) @ 08/10/2004 03:55 PM PDT
HerLoo..bagI saya.. semua Novel dari terbitan ALaf 21 menarik perhatian saya.. salah satu novel yg saya minati adalah Jalinan Cinta dan juga Yang Terindah .. insya allah.. saya akan cari sedaya upaya untuk menbaca novel terbaru ini...


Monday, August 09, 2004

Terima kasih CNMA

Tulisan CNMA di blognya sempena Pesta Buku Antarabangsa 2004 pada 31 May 2004.

- Ke PWTC untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2004 semalam... naik komuter sahaja... hmm, teringat masa praktikal latihan industri dulu pd tahun 2001... Di situlah aku praktikal selama lebih kurang lima bulan... banyak pengalaman yg aku perolehi, sudah 3 tahun berlalu... begitu pantas masa bergerak...

Hanya sempat menjenguk ke Aras 3... banyak gerai tapi yang tetap menarik perhatian ialah booth Karangkraf... memang itu tujuan utama aku ke sana... sempat membeli 2 buah majalah Mingguan Wanita dan sebuah majalah Pengantin...



Akhirnya, berjumpa Kak Sri Diah di booth Alaf21... memperkenalkan diri sebagai cnma, one of the blogger... terus bersalaman... alhamdulillah, Kak Sri masih ingat siapa cnma... :-) sempat juga berbual selama beberapa minit... hmm, kecil molek je Kak Sri... semoga Kak Sri terus success.

Tuesday, August 03, 2004

NOVEL-NOVEL BERSAMA ALAF 21 SDN. BHD






* Semuanya enam judul - yang tiada dalam gambar berjudul DENDAM MASRINI.