NOVEL

Himpunan Novel Sri Diah

Friday, July 09, 2004

DIKUNJUNGI JURUHEBAH RADIO MUZIK KL



APA hal ni? Alaf 21 kena serbu lagi? Gempak ! Memang gempak apabila sekumpulan DJ Radio Muzik mengunjungi Alaf 21, tapi taklah sampai kena serbu macam di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu! Cuma kali ini, mereka meluangkan masa melawat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd termasuklah Alaf 21 pada 7 Julai 2004 yang lalu.

Sebelum mereka dibawa melawat seluruh premis dan juga kilang mencetak, mereka menghadiri taklimat daripada Encik Hashim Anang dan Pengurus Besar Alaf 21, Encik Norden Mohamed. Feedback yang kami terima ialah mereka kagum dengan kejayaan syarikat penerbitan yang terulung di negara ini kerana menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan yang bermutu tinggi.

Setibanya di Alaf 21, mereka diberi penerangan tentang syarikat, daripada produk sehinggalah laman web oleh Encik Norden Mohamed. Mereka amat tertarik dengan cara persembahan laman web Alaf 21 seperti reka letak, ilustrasi, pelbagai segmen yang melibatkan pelayar, dan sebagainya. Encik Norden juga dihujani pelbagai pertanyaan dan beliau kelihatan enjoy melayani mereka, seolah-olah berada di dalam konti. Al-maklumlah mereka ini penyampai radio dan manalah tahu ilmu yang mereka peroleh di sini dikongsi bersama dengan pendengar semasa bertugas nanti!

Sebelum berangkat pulang, mereka sempat mengucapkan tahniah dan selamat berjaya Kepada Alaf 21.