NOVEL

Himpunan Novel Sri Diah

Wednesday, March 31, 2004


Jangan Ada Dusta sudah ada dalam tangan Anita Sarawak


Sayang Kak Nita

Monday, March 29, 2004

WOW... ALHAMDULILLAH


KLDSK DIULANG CETAK




MINGGU ini, kami terpaksa mengumumkan bahawa buku KL DIMANA SUAMIKU telah kehabisan stok. Khusus untuk pelanggan yang telah membuat pesanan dan masih ternanti-nantikan kirimannya, diharap bebanyaklah sabar. Insya-ALLAH, kami akan terus `mengejar' pencetak buku-buku tersebut agar dapat `melajukan' lagi proses percetakannya. Kejo yop kejo!!!

(tapi... janganlah kejo UNIT LANGGANAN ALAF 21, okey...)


Friday, March 19, 2004

SIAPA PROLIFIK?

Saya prolifik dalam penulisan novel bersama Alaf 21 Sdn. Bhd? Benarkah?

Penulis Yang Mempunya 5 novel atau lebih:
------------------------------------------------------



1. SRI DIAH

- Suite 1908
- Dendam Masrini
- Selamat Malam Tan Sri
- Dosa Malam Pengantin
- Kuala Lumpur Di mana Suamiku
- Jangan Ada Dusta



2. RAMLEE AWANG MURSHID
- Tombiruo
- Ranggau
- Mandatori
- Semangat Hutan
- ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)
- Satu Janji
- Tombiruo Akhir



3. NORHAYATI BERAHIM
- Untukmu Segalanya
- Egois
- Hati Seorang Wanita
- Air Mata Kasih
- Cinta Pertama
- Nota Cinta Buatmu

Saturday, March 06, 2004

JANGAN ADA DUSTA



Kadang-kadang kita bukannya takut untuk jatuh cinta. Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui buruk baiknya, hinggalah segala rahsia terbentang di depan mata. Memang benarlah cinta itu perjudian; perjudian yang bukan sahaja kesudahannya kalah atau menang malah lebih tragis daripada itu.


Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Takdir tiba. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti!


Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari, anak muda kelahiran kota Jakarta. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?


Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi' sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!


HARGA: RM19.90 HALAMAN: 512 PENULIS: SRI DIAH


Untuk keterangan lanjut sila ke:
KENALI SRI DIAH
SINOPSIS JANGAN ADA DUSTA
BIODATA
TEMUBUAL
SEGMEN ILMU TENTANG JANGAN ADA DUSTA




Monday, March 01, 2004

KOLEKSI NOVEL-NOVEL

1. JANGAN ADA DENDAM (eNovel)
2. JANGAN ADA DUSTA (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
3. SUITE 1908 (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
4. DENDAM MASRINI (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
5. SELAMAT MALAM TAN SRI (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
6. DOSA MALAM PENGANTIN (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
7. KL DI MANA SUAMIKU (Alaf 21 Sdn. Bhd.)
8. TRAGEDI MALAM MINGGU (Oscar Publication)
9. EPILOG CINTA KELMARIN (Azam Publication)
10. KEJAUHAN YANG HAMPIR (Azam Publication)
11. LELAKI-LELAKI ASING (Penerbitan Universiti Malaya)
12. SELEMBUT KASIHMU (Karya Bistari Sdn. Bhd.)
13. KAMAR CINTA (Karya Bistari Sdn. Bhd.)